Followers

Tuesday, January 11, 2011

Kisah Pancing 0004

Seperti yang dijanjikan semalam, saya nak cerita pagi tadi memancing cara berhanyut ke perairan antarabangsa(laluan kapal) dengan 5 buah sampan. Saya, Vernon membawa bersama seorang rakan, dalam satu sampan. Seawal pukul 6 pagi kami 5 sampan bertolak dari Pengkalan Pandamaran. Cuaca hari ni elok sangat, perjalanan untuk sampai ketengah hanya mengambil masa sejam .



Selalunya kalau nak berhanyut ke tengah, digalakkan pergi berkonvoi, dengan cara ni, dapat mengelakkan perkara-perkara yang tak diingini berlaku. Contoh seperti yang berlaku hari sabtu, ada pemancing yang pergi 2 sampan, 1 sampan hilang.Sampai sekarang tak ada khabar berita lagi.





GPRS ngan echo sounder benda yang penting dibawa kalau nak memancing.

1) Boleh jadi pertunjuk ketika cuaca buruk, dimana, had penglihatan kita terbatas.
2) Kita boleh marking, tempat yang boleh dianggap lubuk ikan.



Cerita pasal sampan bewarna putih, dalam gambar berkedudukan paling belakang tu , tadi dia ternampak mayat terapung . Betul-betul respek kat dia, sebab tolong tarik mayat tu, bawak kepengkalan polis Marine Port Klang. Bukan calang-calang orang ada keberanian cam tu.




Menunggu umpan dimakan ikan. Lupa nak cakap, selalu saya guna umpan sotong hidup, kalau berhanyut ke tengah. Jumlah sotong yg dibawa 30 ekor.



Ikan Jenahak yang dah termakan umpan sotong.



Tempat berhanyut, ternampak ada satu kapal besar membawa kontena kargo.



Biasalah Vernon tunjuk tangan tanda gembira. Satu lagi kawan, aktiviti mengambil gambar hasil tangkapan.



Satu lagi muka gembira, kawan vernon dapat Jenahak gak.



Kawan satu sampan , Vernon muka gembira ngan hasil tangkapan ikan Jenahak.



Echo sounder



GPRS boleh menandakan berapa nautika kita berada.



North port di waktu malam.



Waktu subuh, masa nak berangkat ke tengah.




Alhamdullilah, dapat 11 ekor ikan jenahak ,dikongsi bersama 3 orang tadi. Berbaloi gak, selepas bertungkus lumus berhanyut ke tengah.




Akhirnya baru berani memegang ikan tu,selepas beberapa kali mengagah.



suka betul Firdaus tengok ikan yu.



Muka Firdaus yang first time nampak ikan yu.



Firdaus terkejut tengok ikan besar cam tu, ikan jenahak ni anggaran bawah 2 kilo.

1 comment:

  1. 1st!!!

    jangan marah pakcik~~

    saya datang dari blog isteri pakcik~

    salam kenal!

    ReplyDelete

Kalau nak berkongsi minat tentang pancing, silalah komen.Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photo Flipbook Slideshow Maker