Followers

Thursday, April 28, 2011

Saturday, February 19, 2011

Kisah pancing 0006(gambar dan video dalam simpanan)

Selamat berhujung minggu bersama keluarga , seperti yang dijanjikan kat sini, saya tunaikan janji meletakkan video memancing untuk tatapan pembaca blog semua. Diharap sudi menonton video tu dan melihat beberapa keping gambar vernon,aloong dan saya bersama habuan masing masing.

























Saya ngan hasih tangkapan.








Dibawah ni vernon dan hasil tangkapan .
















Monday, January 17, 2011

Kisah pancing 0005



Masa ni saya di Pintu Gedung, menunggu kawan datang., sambil tu saya memancing sekejap.

Sabtu 15/1/2011 , saya pergi memancing berhanyut , ketengah. Saya pergi seawal 6 pagi, lagi satu, sapa berjanji ngan saya, kena datang tepat pada waktunya . Kalau tidak saya tinggalkan, kecuali mereka datang lambat, ada sebab yang tak dapat dielakkan.

Kali ni saya pergi dengan 2 sampan. Sampan saya seperti biasa Vernon ngan kawan dia. Sampan yang lagi satu Mat Nor bersama teman Ah Heng(Ejen jual engin Mercury ).




Laluan kapal, mesti ada kapal besar yang membawa kontena cargo.




Kawan Vernon lena , sementara menunggu joran direntap ikan.



Echo sounder menunjukkan kedalaman air.



Kegunaan GPS penting, pada masa berhanyut. maaf gambar kurang jelas.





Vernon gembira , berjaya mendaratkan jenahak seberat 2 kilo+++. Dibelakang , kawannya sibuk melayan ikan yang meragut umpan dia.


Semasa berhanyut dilaluan kapal, kita tak boleh leka tertidur, kerana laluan ni adalah laluan yang paling sibuk di selat Melaka.


Itu sampan teman seperjuangan saya, Mat Nor bersama tauke jual enjin Mercury , Ah Heng.


2 Kawan tengah bersedia kerana lubuk ikan dah dekat.


Hasil tangkapan 4 ekor ikan Jenahak ngan 4 ikan merah. Anggaran berat seekor ikan 4 kilo kebawah .



Semua tengah menunggu umpan sotong kurita dimakan ikan.


vernon sedang menghulur tali, bersedia untuk merentap....



west port....ini masa dalam perjalanan balik.



Hasil tangkapan ikan Merah .


Firdaus muka pelik.



Nakal Firdaus, tangan sebelah menekan mata ikan.



Bersabarlah, satu hari nanti, saya akan ambil video klip masa memancing , kemudian saya akan letak di blog ini sebagai tatapan teman-teman.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photo Flipbook Slideshow Maker